Tuesday, August 25, 2009

Real mengganas


Semalam Real Madrid belasah Rosenborg 4-0, sebelumnye, die belasah Dortmund 5-0. Barisan pemain bintang baru seperti Kaka, C. Ronaldo, Benzema, Raul Albiol dan lain~2 telah membentuk the new Galacticos. Tak sabar menanti Spanish La Liga start. Nak tgk Barca, Valencia, Seville semua kene titik ngan Real Madrid. Bersedia la, Real Madrid nak menang semua piala season ni.
'(o_O)'
._||_,
/ \

Friday, August 21, 2009

Roh Haji: Mengubah sempadan iman

1) 2)


3 ) 4)


Empat
video di atas adalah rakaman rancangan Al-Kulliyyah bertarikh 31 Oktober 2008 yg bertajuk Roh Haji. Boleh gak di download di sini. Ahli panel terdiri drp Dato' Haji Ustaz Mohd Che Ngah dan Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Mase aku bukak tgk tajuk roh haji, igt nak terus tutup sebab igt pengisiannye mesti pasal haji & ahli panel pon tak bape famous. Tapi rupenye aku silap, pengisiannye adalah tentang pengalaman Dr. Muhd Kamil Ibrahim sebelum dan semasa pe-g haji dan sedikit nasihat utk amalan semasa menunaikan haji oleh Ustaz Mohd Che Ngah. Memang best la.

Aku tak tau macam mana nak ulas video ni tapi yg aku tau, ini adalah antara rancangan Al-Kulliyah yg terbaik aku prnh tgk. Ia tentang pengalaman mcm mana Dr. Muhd Kamil boleh berubah drp org yg jahil tentang agama hingga menjadi org yg lebih tawadduk dan khusyuk dlm beribadat kepada Allah. Dan ini memberi pengaran kat aku yg sejahat-jahat manusia boleh menjadi sebaik-baik manusia dan sebaik-baik manusia belum tentu baik selamanye. (baik dalam konteks beramal ibadat kpd Allah, bukan baik dlm akhlak semata~2).

Dr. Muhd Kamil ni ade gak tulis buku. Tajuknye "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman". Aku pon baru beli buku ni. Belum baca hbs lagi, tapi dgn gaya bahasa yg mudah difahami dan ringkas serta kata~2 yg penuh ikhlas membuatkan aku rase terharu jgk la bile bace. Dan InsyaAllah mendidik jiwa menjadi insan yg lebih mendambakan diri kepada Allah.


Buku ni boleh beli online kat sini


*Esok Ramadhan, selamat menunaikan ibadat puasa kepada muslimin dan muslimat. Moga~2 Ramadhan kali ini mendidik kita agar menjadi insan yg lebih khusyuk dan tawaduk dalam beribadat kepada Allah.Aminnn.

Monday, August 17, 2009

Aku Hairan...

Aku hairan...
Melihat rumah anak-anak yatim
Serba daif, kekurangan
Hidup segan, mati tak mahu
Bertungkus lumus insan mulia
Mengabdikan diri
Mencurah keringat
Menebalkan pipi
Mencari rezeki
Untuk anak-anak yang disayangi
Walau bukan darah daging sendiri
Sedangkan di sekelilingnya...
Berdiri bangunan-bangunan megah nan indah

Aku hairan...
Melihat ribuan warga tua
Menghitung usia
Membilang hari
Di rumah usang orang-orang tua
Sedangkan suatu masa dulu
Rahim mereka pernah terisi benih
Perut mereka pernah mengandung
Sembilan bulan berlalu dengan bahagia
Cekal mencerah keringat
Membesarkan anak-anak tercinta
dengan penuh kasih-sayang...

Namun
Aku hairan...
Ke mana anak-anak mereka
yang pernah tidur di ribaan
Disusui tatkala dahaga
Didodoi tatkala malam tiba
Dipapah ketika jatuh tersungkur
Dibesarkan dari sekecil tapak tangan
Sehingga bisa berlari...
Dan, kini
Sedangkan jutaan kanak-kanak
Mengharapkan kasih, merindui belaian
Dahagakan kasih sayang, inginkan perhatian
Apakah perlu dibiarkan insan yang berbakti
Pergi menghadap Ilahi
Baru ingin dicari dan ditangisi

Pernahkah terfikir...
Bagaimana kita di hujung usia kelak?

-Dipetik dari tulisan Aina Rohani (Solusi isu ke 8)
- Semoga bermanfaat.


*Ramadhan 4 hari lagi, selamat menjalani ibadat puasa.
=]

Friday, August 14, 2009

Konvo

-Sahrul,aku,Pijo-

Friday, August 7, 2009

Wall climbing

Belek-belek komputer, terjumpe lak gambar ni. Gambar ni diambil mase aktiviti luar masa kelas kokurikulum kat um dulu. First time panjat, terus sampai puncak.Hehe, Alhamdulillah.

*Aktiviti yg bgs utk dapat perut six-pek...=]

Tuesday, August 4, 2009

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


*Semoga kita sentiasa dibimbing oleh Allah ke jalan yg diredhaiNYA dalam menempuh hidup yg sementara ini.