Tuesday, July 21, 2009

Pepahat

Baru-baru ni aku pergi makan dekat muara sungai duyung, kat melaka la. Tempat ni kat tepi sungai dan terkenal jugak la dengan ikan bakar nye. Lauk2 macam jenahak 3 rase, ikan siakap, kupang sambal, sotong goreng tepung, ikan bakar adalah antara menu2 yg biasa aku dengar. Tapi hari tu, ade satu menu yg aku tak pernah makan pun sepanjang hidup aku, iaitu pepahat. Pepahat ni sejenis binatang, aku tak pastilah macam mana dia masak, rebus rasenye. Tapi rase die boleh tahan la. Lemak-lemak manis. Sedap sikit la dari kupang rebus. So, sesape yg pergi singgah kat melaka, try la rase pepahat ni.

Pepahat

No comments: