Saturday, July 18, 2009

Solat efektif

17/7/2009, aku berpeluang menonton program Al-Kuliyyah yg mmg selalu disiarkan pada hari jumaat jam 5.00pm. Biasanya tajuk2 yg dibincangkan adalah perkara2 yg berkaitan dgn kehidupan kiter seharian dan isu2 semasa macam murtad,haji mabrur,wuduk dan byk lagi. So, skunk nie aku nak citer pasal tajuk kali nie yg aku rase agak menarik utk dikongsi bersama, iaitu solat efektif. Penceramahnye ialah Ustaz Roslan dan Prof Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Dr. Fatimah Ibrahim ni adalah pensyarah kat fakulti kejuruteraan biomedik UM. Beliau dan team beliau ni ade membuat satu kajian tentang kesan solat ke atas tubuh badan manusia secara saintifik dan kajiannye mmg menarik. Baru semlm aku tau ape yg diorg buat w/pon dah lama aku tau ttg kajian tu.

So, menurut beliau, kajiannye adalah berkaitan dgn perubahan yg berlaku pada diri seseorang sebelum dan selepas solat dan lebih kepada anatomi dan fisiologi manusia. Katanye,kadar kolestrol seseorang akan menjadi lebih rendah selepas seseorang tu solat dgn sempurna daripada sebelum solat. Kat sini aku nak menekankan perkataan DGN SEMPURNA. Solat yg dilakukan secara tergopoh gapah, tidak mengikut seperti yg terkandung dalam hukum2 fikah seperti rukuk 90 darjah, melentikkan jari ketika sujud,tahyat awal, tahyat akhir dan duduk antara dua sujud akan menyebabkan kadar kolestrol dalam badan menjadi tinggi selepas solat. Perkara nie di istilahkan sebagai khusyuk anggota. Aku tak pasti la secara detail, ape lagi yg dikatakan khusyuk anggota, tapi yg pastinya dalam kajian nie, ada alat yg digunakan utk mengukur seseorang tu khusyuk anggota atau tidak.

Dr. Fatimah ada gak ckp ttg satu kajian yg dibuat oleh seoorang prof di Indonesia yg mengkaji hubungan melakukan solat tahajjud dengan penyakit kanser. Ada seorang pesakit kanser ni disuruh melakukan solat tahajjud selama tiga bulan. Dan hasilnye, selepas 3 bulan, sistem imun di dalam pesakit tu meningkat dan utk pengetahuan,sistem imun ini adalah penting utk melawan penyakit2 yg menyerang tubuh kite nie. Ni Dr. Fatimah ckp laa.

Byk gak sebenarnye yg dikaji dalam reseach Dr. Fatimah and the gang ni, antaranya kesan solat utk ibu mengandung, pesakit yg mengalami penyakit yg berkaitan dgn masalah ereksi, kesan solat dgn gelombang otak dan mcm2 lagi. Kalo sesiapa berminat nak tau lagi, belilah buku di bawah ni:



Jadi sebenarnye, solat ni adalah ibadat yg istimewa sehingga Allah sendiri yg menyampaikannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dlm peristiwa isra' dan mi'raj, bukan melalui perantaraan malaikat jibril. Solat ni jugak menjadi perkara pertama yg ditanya di alam mahsyar kelak. Kajian yg dibuat mungkin mendedahkan secubit khasiat solat dan mungkin byk lagi perkara yg tidak diketahui di sebalik solat ni. Mungkin ada yg mengatakan, "org tak solat pon hidup sihat sampai tua gak". Tapi hakikatnye pada pendapat aku,bukanlah solat yg menyembuhkan,tapi izin Allah yg menyembuhkan. Solat itu hanya la antara kaedah2 penyelesaian masalah yg faedahnya telahpon dibuktikan sedikit sebyk. Oleh itu, sentiasalah berdoa meminta dijauhkan malapetaka,musibah penyakit dan belajar la utk solat dgn khusyuk. Khusyuk hati dan khusyuk anggota.

Sekian, waslam.

2 comments:

noorhafni said...

Ruginya aku tak tengok..
Ade tak diorg cakap pasal kaitan solat dengan penyakit nyanyuk @ Alzheimer?
Ayah aku penah ckp yg orang yang menunaikan solat insyaAllah takkan nyanyuk.. Dan aku pon berfikir, betul gak tuh...Mungkin menarik kalau buat kajian pasal tu..

zerox_zen said...

Erm...yg tu aku tak pasti laa...takde rasenye, ko bli la buku tu, byk bende die tak ckp, mase singkat sgt kan mase al-kulliyyah tukan...